‘Kisah Murid Tahun 6 Terj4tuh Dari Bas’ Ini Jawapan Padu Dari Pengerusi Bas Sekolah Malaysia Ahmad Fauzi

“JANGAN sal4hkan pemandu dan pengusaha bas,” kata Pengerusi Pemandu dan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Ahmad Fauzi Murad susulan tragedi menimpa murid Tahun Enam yang maut akibat terjatuh dari bas dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik, dekat Kandis, Bukit Yong, Pasir Puteh, kelmarin.

Beliau berkata, setiap kali murid menaiki bas, pemandu sering menasihati mereka supaya tidak bergurau senda atau bermain di dalam bas.
Katanya, tingkah laku murid sukar dikawal ditambah pula mereka yang ramai selain pemandu bas perlu memberi tumpuan dalam pemanduan.

“Jika dilihat kejadian itu berlaku di bahagian hadapan pintu masuk bas di mana ketika itu bas terbabit sedang bergerak.
“Senario itu dipercayai m4ngsa bersama rakannya sedang bermain sebelum terj4tuh ke bahagian bawah bas lalu digi Iis tayar kenderaan itu.
“Sememangnya, kej4dian meny4yat hati itu mengejvtkan semua pihak namun kita tidak boleh sal4hkan pemandu dan pengusaha bas sahaja sebaliknya faktor lain perlu diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

bas yang dinaiki arw4h

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, m4ngsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, bersama 30 murid tahun enam dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang ke Besut,

Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun, sebaik sampai di Bukit Yong, dekat Pasir Puteh, Kelantan, kanak-kanak itu dipercayai

terjatvh ke jalan raya dari lantai bas yang reput sebelum digi Iis.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata, setiap enam bulan pengusaha bas wajib menjalani

pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Pegawai PUSPAKOM bukan sahaja akan memeriksa enjin, brek dan lain-lain komponen berfungsi dengan baik malah mereka turut memandu bas terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan.

“Jika dikatakan lantai bas itu reput, mungkin ia tidak disedari. Ditambah pula, pemandu bas menggunakan pintu berbeza,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Media Viral

sumber : hmetro via Kekasih Jiwang

Facebook Comments

Be the first to comment on "‘Kisah Murid Tahun 6 Terj4tuh Dari Bas’ Ini Jawapan Padu Dari Pengerusi Bas Sekolah Malaysia Ahmad Fauzi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*