‘Pulang Ke Kampung Sambut Ramadan Tidak Dibenarkan’ – Ismail Sabri

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 28 April 2020, segelintir umat Islam terkesan dengan ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 24 April ini.

Yang duduk berjauhan dengan keluarga pastinya ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan bulan Ramadan bersama-sama seperti kebiasaannya.

Namun begitu, menerusi laporan Berita Harian, orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman. Kenyataan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama.

Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.

Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh.

Menurutnya, orang ramai harus patuh dengan arhan PKP yang telah ditetapkan kerajaan sejak dari PKP fasa satu lagi. Jika sesiapa yang mengingkar dengan arahan ini, individu tersebut boleh dikenakan tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Be the first to comment on "‘Pulang Ke Kampung Sambut Ramadan Tidak Dibenarkan’ – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*