Kali Pertama Sugu Pavithra Bersidang Live Dengan Perdana Menteri

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ek0nomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut.

Sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan K0ordinasi Stimulus Ek0nomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini, bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej Rangsangan Ek0nomi 2020, PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang jumlah keseluruhannya RM295 biIion.

Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu.

Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyddin hari ini ialah pasangan suami isteri YouTuber yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’, yang sebelum ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada perdana menteri yang membolehkan mereka meneruskan minat memasak.

Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing.”

Pasangan yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) itu berkata bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri. Saluran YouTube ‘Sugu-Pavithra’ kini mempunyai lebih 600,000 pengikut.

Sidang Video YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri bersama penerima Bantuan PRIHATIN

Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, June 16, 2020

Sumber : Bernama , Bernama TV

Kredit: OMM

Facebook Comments

Be the first to comment on "Kali Pertama Sugu Pavithra Bersidang Live Dengan Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*