Jual Jemput-Jemput 10 Sen, Pak Cik Ini Berniaga Sambil Beramal Sent0h Hati Warganet

Jika kita merasakan diri kita sudah susah, sebenarnya ada lagi yang susah daripada kita. Andai kata kita tidak mampu membantu dengan sumbangan yang banyak, memadai kita menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pak Mail yang berniaga jemput-jemput 10 sen di Kluang, Johor jadi buah mulut orang ramai dan menyent0h hati rakyat Malaysia apabila beliau sanggup keluarkan duit simpanan untuk bantu mereka yang terjejas serta berniaga untuk bersedekah.

Untuk pengetahuan, Pak Mail hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis jemput-jemput daripada pelbagai buah antaranya nangka, betik, jagung, nenas, tembikai susu dan sayur dan kesemuanya sehingga kini masih dijual dengan harga 10 sen sebiji.

Meskipun begitu, beliau tetap berfikiran optimis dan yakin rezeki itu semuanya daripada Tuhan dan perlu dik0ngsikan dengan mereka yang memerlukan. Pak Mail yang kini berumur 74 Tahun mengatakan bahawa aktiviti berniaga ini hanya sekadar mengisi masa lapang dan mampu menjual 2,000 ketul jemput-jemput sehari.

Malah, pada bulan Ramadan, jemput-jemput akan diberikan secara percuma sahaja kepada orang ramai. Andai kata anda berpeluang ke Kluang, Johor tetapi tidak singgah ke gerai Pak Mail ni memang rugi. Jangan lupa ke sini!. – Sumber & Video dipetik dari Thev0cket, FS Channel

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Jual Jemput-Jemput 10 Sen, Pak Cik Ini Berniaga Sambil Beramal Sent0h Hati Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*