PM Umum BPN 2.0, Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Untuk Gol0ngan B40

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada lebih 10 juta penerima yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini.

Bantuan yang dikenali dengan nama BPN 2.0 itu akan melibatkan kesemua gol0ngan rakyat daripada B40 dan M40 yang sudah berkeluarga atau masih berstatus bujang.

“Gol0ngan pertama adalah gol0ngan B40 yang berkeluarga dan bujang, gol0ngan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

“Kategori keempat adalah gol0ngan peniaga mikro dalam pelbagai bidang,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin.

Mengulas mengenai perkara itu, perdana menteri menjelaskan mereka yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini tidak perlu membuat permoh0nan baru dimana ianya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka. Manakala individu-individu yang belum pernah menerima bantuan itu pula berpeluang untuk membuat rayuan.

Bantuan itu difahamkan akan dikreditkan secara ansuran sebanyak dua kali dengan pembayaran kali pertama akan dilakukan pada penghujung Oktober 2020 dan pembayaran kali kedua pada Januari 2021. – Sumber dipetik dari Thev0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "PM Umum BPN 2.0, Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Untuk Gol0ngan B40"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*