Tiada Lagi SPA8i, Pemoh0n Pekerjaan Perlu Beralih Kepada SPA9 Bermula 28 September

Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mungkin antara salah satu laman yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama buat mereka yang mencari pekerjaan.

Daripada jawatan untuk lepasan SPM sehinggalah gol0ngan profesional, laman ini sentiasa menjadi pilihan masyarakat kita untuk ‘mencari’ pekerjaan seterusnya dalam perkhidmatan awam.

Jika anda merupakan salah seorang yang sentiasa mengunjungi laman terbabit, sudah pastinya anda akan sangat kenal dengan pautan SPA8i yang menjadi laman ataupun sistem untuk mendaftarkan diri sebagai pemoh0n pekerjaan.

Kini selepas beberapa tahun menggunakan SPA8i sebagai sistem untuk memoh0n pekerjaan, SPA baru-baru ini mengumumkan pihak mereka tidak lagi akan menggunakan sistem tersebut dan akan beralih sepenuhnya kepada sitem pendaftaran yang baru dikenali dengan SPA9.

PENGUMUMAN MENGENAI PERALIHAN KE SPA9.

“SPA akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

“Pemoh0n sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula SPA9 kecuali untuk menyemak status permoh0nan atau memoh0n jawatan baru,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

TANGKAP LAYAR PAUTAN SPA9 YANG AKAN MULA BEROPERASI 28 SEPTEMBER.

“SPA akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

“Pemoh0n sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula SPA9 kecuali untuk menyemak status permoh0nan atau memoh0n jawatan baru,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan dengan peralihan itu, SPA juga di laman sesawang mereka memaklumkan penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke SPA9 bermula 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi sehingga 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi.

Penutupan SPA8i ketika ini juga menurut pihak mereka dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut yang kini sudah pun berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. – Sumber dipetik dari Thev0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Tiada Lagi SPA8i, Pemoh0n Pekerjaan Perlu Beralih Kepada SPA9 Bermula 28 September"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*