“Tak Percaya Kita Dah Kahwin, Mesti Orang Lain Nampak Macam Senang…” – Raja Afiq

Pelakon Raja Afiq yang kurang sebulan mendirikan rumah tangga itu menerusi laman Instagram miliknya telah berkata laluan untuknya dan isteri yang juga seorang angg0ta p0lis iaitu Soffwany Yusoff untuk berkahwin tidak semudah seperti yang disangka.

Tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, berkata hanya dia dan isteri yang mengetahui apa yang terpaksa dilalui mereka.

Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama ‘Sayangku Kapten Mukhriz’ itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Soffwany kerana sudi menerimanya sebagai suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RA (@rajaafiqqofficial) on

“Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan… hanya kita berdua saja yang tahu macam mana.

“Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting… yang penting sekarang ni kita dah halal. Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ni.

“Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila. Satu saja husband nak cakap I love you so much,” kata Raja Afiq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RA (@rajaafiqqofficial) on

Raja Afiq berk0ngsi luahan tersebut di Instagram miliknya dan turut memuat naik video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Soffwany yang juga penyanyi baharu berasa sebak membaca luahan tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang tidak pernah jemu melayannya.

“Mata tiba-tiba rasa macam masuk habuk. Love you so much husband… terima kasih juga sebab sudi terima kekurangan wife. Tak pernah jemu layan kerenah wife. Sayang husband sangat,” tulis Soffwany.

Sebelum ini, Raja Afiq memberitahu meskipun isterinya berusia lima tahun lebih tua namun dia tidak menganggap ia pengha.lang untuk mereka mengecapi kebahagian dalam rumah tangga. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar, Instagram Raja Afiq & Soffwany Yusoff

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Tak Percaya Kita Dah Kahwin, Mesti Orang Lain Nampak Macam Senang…” – Raja Afiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*