PKP Dilaksanakan Semula? Teka Teki Tweet Balas Dr Noor Hisham

Tweet balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan teka-teki susulan beliau seakan-akan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Dr Noor Hisham membalas tweet pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan agar kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kepercayaan dengan arahan kuarantin sendiri.

“Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?” tulis beliau.

Tweet tersebut mengundang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia seperti memberi petunjuk PKP akan dilaksanakan semula.

Terdapat juga reaksi yang menyok0ng saranan tersebut antaranya pemilik akauan @Yus_putra360.

“Perlu dilaksanakan… jika itu je cara nak berhentikan penu.laran wa.bak daripada mere.bak… rakyat Malaysia ni susah nak faham dan dengar cakap… banyak yang ambil sikap tidak ambil peduli… jadi kerajaan perlu mengambil langkah walau kena PKP hanya sebulan… untuk hentikan seketika,” katanya dalam ciapan balas pada Twitter tersebut hari ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemilik Twitter memberi maklum balas agak keberatan sekiranya PKP dilaksanakan semula mengambil kira faktor ekonomi.

Tidak terkecuali reaksi sinis pengguna Twitter yang membang.kitkan isu ahli politik yang gagal kuarantin diri sendiri.

Kes baharu p0sitif C0vid-19 di negara ini kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah dan ia menimbulkan kebim.bangan masyarakat.

Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu setiap hari sekali gus menambah keyakinan berkemungkinan PKP dilaksanakan semula. – Sumber dipetik dari mStar, Sinar Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "PKP Dilaksanakan Semula? Teka Teki Tweet Balas Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*