Rakam Dalam Gereja, Warganet Persoalkan Video Muzik Ismail Izzani

Nama Ismail Izzani tidak lagi perlu diperkenalkan dan pastinya ramai yang mengenali penyanyi yang cukup berbakat ini. Difahamkan, Ismail Izzani bakal hadir dengan lagu baharu iaitu ‘Ada Cara’ yang bakal menemui peminat pada hari ini.

Akan tetapi, menarik perhatian warganet apabila rakaman video muzik Ada Cara itu dilakukan di sebuah gereja. Menurutnya, beliau sedar pemilihan lokasi penggambaran video muzik itu menyent0h ‘sens!tiviti’ kepada pen0nton tetapi beliau berpegang kepada mesej yang mahu disampaikan menerusi lagu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @ismailizzani_ on

Menurut Ismail dalam satu kenyataan, beliau mahu pen0nton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Pemilihan gereja adalah supaya orang faham konteks jalan cerita Ada Cara dimana menyentuh soal agama. Maka, beliau tidak rasa ada yang salah jalankan penggambaran di gereja.

Untuk pengetahuan anda, lagu Ada Cara merupakan hasil ciptaannya bersama k0mposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Kedua-dua k0mposer itu juga berperanan dalam penghasilan lirik bersama Mohd. Ariz dan Shaqiel Naufal termasuk Ismail.

Berikutan itu, rata-rata warganet ada yang mempersoalkan pemilihan lokasi video muzik ‘Ada Cara’ ini. Malah, ada juga yang tidak sabar mahu melihat hasilnya pada hari ini.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Apa-apa pun, sama-sama kita lihat hasil video muzik lagu Ada Cara ini. – Sumber dipetik dari Thev0cket, IG Ismail Izzani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Rakam Dalam Gereja, Warganet Persoalkan Video Muzik Ismail Izzani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*