Siti Sarah Dan Shuib Dipercayai Dipanggil SPRM Bagi Membantu Siasatan

Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Memetik lap0ran akhbar Utusan Malaysia, pasangan selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya tengah hari tadi untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Siasatan masih dijalankan, namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Selain pasangan itu, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – Sumber dipetik dari Sinar Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Siti Sarah Dan Shuib Dipercayai Dipanggil SPRM Bagi Membantu Siasatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*