Penampilan Baru Hidayah Terima Pujian Dan Kata-kata Semangat

Baru-baru ini, balu kepada pelawak, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali telah memuat naik foto dirinya dengan ‘penampilan baru’ dan ia mendapat perhatian warganet.

Hidayah dilihat tampil makin bergaya dengan gaun bunga-bunga serta solekan yang cantik dalam foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, @hidayah_abam, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Penampilan yang berbeza dan lebih ceria itu membuatkan ramai warganet memuji dan memberi kata-kata semangat supaya dia terus melangkah lebih kuat sebagai ibu tunggal.

“Makin cantik! Moga jadi wanita yang kuat. Saya juga ibu tunggal,” komen seorang warganet.

“Cantik awak, semakin tabah semakin ceria hidup. Moga terus kuat,” kata seorang warganet

“Semakin hari semakin cantik,” puji seorang pengikutnya.

Pun begitu, abang kepada Hidayah iaitu Azmier tampil menjelaskan penampilan itu hanya untuk khidmat review berbayar: “Adik saya hanya buat review baju orang bagi. Service paid review,” jelasnya.

Untuk makluman, Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak & Instagram @hidayah_abam

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Penampilan Baru Hidayah Terima Pujian Dan Kata-kata Semangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*