Remaja OKU 13 Tahun Redah Api Nak Selamatkan Adik

Rabu lalu, seorang remaja perempuan 13 tahun sanggup meredah api demi menyelamatkan adiknya yang berusia setahun tiga bulan di rumahnya di Flat Taman Anggerik Desa Jalan Beserah.

Menurut bapanya, Wan Ahmad Faiz Wan Shamsudin, 38, dia bersama dengan isteri, Nur Zalina Mohd Fauzi, 38, sedang ke rumah ibunya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka semasa kejadian.

“Saya difahamkan Nuraina Erieka yang sudah menyelamatkan diri, kembali naik semula ke tingkat tiga rumah selepas mendapatinya adik bongsunya dari tujuh beradik itu masih berada dalam bilik tidur.

Nyawa adik lagi penting dari keselamatan diri sendiri tau! Sanggup redah.

“Dia bertindak berani meredah asap tebal dan bahang api bagi menyelamatkan adiknya, keberaniannya yang ditunjukkan begitu membanggakan kami sekeluarga.”

Tambahnya, mereka bangga dengan remaja itu (Nuraina di tengah).

Walaupun dia lembam, namun mampu membantu keluarga terutama menjaga adiknya dengan baik.”

Mereka beranggapan, jika Nuraina lambat bertindak, mungkin perkara akan jadi lebih bur0k kerana asap tebal sudah memenuhi ruang rumahnya.

Punca kebakaran adalah disebabkan oleh keboc0ran paip dapur gas.

Ibunya berasa terharu setiap kali teringatkan kesungguhan anak sulung mereka itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu meredah asap tebal semata-mata untuk selamatkan adiknya.

Akibat kejadian berkenaan, sekarang mereka sekeluarga menumpang di inap desa seorang individu yang prihatin.

“Dengan pendapatan tidak seberapa sebagai peniaga jagung, saya buntu memikirkan sampai bila kami sekeluarga terpaksa menumpang.”

Walau bagaimanapun, Nur Zalina berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), SMK Semambu, jiran dan beberapa pihak yang banyak membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Semoga dipermudah urusan keluarga mereka. – Sumber & foto dipetik dari Lobak Merah, Sinar Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Remaja OKU 13 Tahun Redah Api Nak Selamatkan Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*