Siti Sarah Syukur Siasatan SPRM Terhadap Shuib Berjalan Lancar

Semalam kita dikej0tkan dengan berita Siti Sarah dan suaminya Shuib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan. 

Siti Sarah Raisuddin berkata dia dan suami, Shuib memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika memberikan keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram pada Khamis.

Kata Sarah, 36, dia dan suami telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur… kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya menerusi muat naik terbaharu di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sarah berk0ngsi perkembangan terkini selepas lap0ran dia dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada petang Khamis berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, pengurus pasangan itu iaitu Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan kepada media memberitahu penyanyi lagu Semakin itu hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak menggan.ggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan, ” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan supaya urusan pasangan ini dipermudahkan.

“Alhamdulillah kalau semua okay, nak jadi orang berjaya ni memang besar dugaan kena bersedia mental dan fizikal.

“Di Malaysia kita tak boleh kaya… bangsa sendiri PHD (dengki) tinggi, berniaga diam-diam sudah!

“Alhamdulillah sebab tu tak percaya korang terlibat… hasil penat lelah sendiri, mungkin ada yang dengki. Go Shuib, Sarah!,” komen warganet.

Pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. – Sumber dipetik dari mStar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Siti Sarah Syukur Siasatan SPRM Terhadap Shuib Berjalan Lancar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*