Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober Ini

Lebih memudahkan rakyat Malaysia, kini anda tidak perlu lagi beratur di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kerana anda boleh perbaharui lesen anda secara dalam talian sahaja.

Menurut pengumuman JPJ,  pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG bermula pada 9 Oktober 2020.

SIARAN MEDIA PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) MOTOSIKAL DAN LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM MYEG

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Thursday, October 1, 2020

Malah, pembaharuan bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian pula akan dilaksanakan mulai 16 Oktober. Akan tetapi, pembaharuan lesen tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

Ketika ini, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja. Selepas ini, semua sudah lebih mudah! – Sumber dipetik dari Thev0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*