Isu Pelajar UPSI: Permoh0nan Maaf Terbuka Ustaz Ebit Lew

Petikan Permohonan Maaf Ustaz Ebit Lew

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi…

Posted by Ebit Lew on Saturday, October 3, 2020

Terima kasih atas usaha murni Ustaz Ebit Lew yang membantu.

Semoga dengan permoh0nan maaf beliau dapat diterima baik oleh semua pihak. -Sumber dipetik dari FB Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Isu Pelajar UPSI: Permoh0nan Maaf Terbuka Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*