“Sapu Air Matamu, Bangkit Dan Terus..”- Dr Noor Hisham Buat Frontliners

Umum mengetahui negara kita kini sekali lagi berdepan peningkatan kes C0VID-19 dengan jumlah kes baru yang direkodkan beberapa hari ini sentiasa sahaja mencecah tiga angka.

Keadaan semasa itu sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat terutama petugas barisan hadapan dari sektor kesihatan dan keselamatan seperti jururawat dan juga p0lis.

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, October 3, 2020

Tatkala masyarakat awam hanya menantikan perkembangan semasa melalui lap0ran berita dan media sosial, mereka ini pula perlu berju.ang di barisan paling hadapan dalam mengawal dan menghentikan wa.bak membun0h itu.

Bagaimanapun, peng0rbanan mereka ini sememangnya tidak pernah dilupakan oleh masyarakat dan juga barisan pemimpin seperti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham yang sering memberikan kata-kata semangat untuk mereka terus berju.ang.

Seperti yang dilakukan beliau menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada semalam dengan kata-kata penuh semangat meminta agar mereka terus tabah dan cekal untuk kembali berju.ang meratakan lengkung jang.kitan C0VID-19 di negara kita.

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, October 3, 2020

“Kepada semua frontliners; kita sedang berhadapan dengan pe.rang yang besar di hadapan dan negara sedang bergant0ng kepada kita.

“Walaupun sering tidak tidur dengan lena dan keletihan, sapu lah air matamu, bangkit dan terus berju.ang untuk memut0skan rantaian C0VID-19,” tulis beliau di Facebook.

Ucapan penuh semangat daripada ‘jeneral pe.rang’ mela.wan C0VID-19 di negara kita yang dibuat pada semalam itu sehingga kini sudah pun menerima lebih 6,000 perk0ngsian di Facebook.

Rata-rata warganet yang men!nggalkan komen di hantaran tersebut juga dilihat mengucapkan terima kasih dan ada juga yang merendah diri meminta maaf kerana mereka sekali lagi terpaksa bekerja keras untuk memut0skan rantaian C0VID-19.

Untuk perkembangan semasa C0VID-19 dalam negara kita, KKM pada semalam mengumumkan sebanyak 317 kes baharu telah dicatatkan pada Sabtu.

Dua negeri iaitu Sabah dan Kedah menjadi penyumbang terbesar angka tersebut dengan Sabah merekodkan 155 kes manakala Kedah pula merekodkan 102 kes.

PERINCIAN KES BAHARU (317)SABAH : 155 KES TEMPATAN-100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan 4…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, October 3, 2020

Catatan kes baru pada semalam juga turut menyaksikan kesemua kes adalah merupakan kes tempatan dan tiada kes import yang direkodkan. – Sumber & foto dipetik dari Thevocket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @TheMedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Sapu Air Matamu, Bangkit Dan Terus..”- Dr Noor Hisham Buat Frontliners"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*