Lelaki Beli Peti Ais Lama Jumpa Duit RM405,203, Serah Kepada PoIis Untuk Cari Pemilik

Seorang lelaki di Korea Selatan menemukan wang  bernilai 130,000  d0lar Singapura (RM405,203) yang dijumpai di bawah sebuah peti ais lama yang dibeli atas talian (online).

Jumpa 2,200 keping wang.

Menurut lap0ran agensi Korea Selatan, MBC News, lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika sedang membersihkan lantas terus pergi ke balai p0lis untuk membuat lap0ran pada 6 Ogos lalu.

P0lis telah memulakan sias@tan untuk menentukan sumber wang itu dan buat sementara waktu kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa. Penjual dan penghantar peti ais itu turut dipanggil untuk memberi memberi kenyataan bagi membantu sias@tan.

Seorang pegawai p0lis, bercakap kepada MBC News, menyifatkan k3s tersebut tidak masuk akal kerana melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Selepas enam bulan wajib beri kepada orang yang jumpa.

Dalam pada itu, agensi p0rtal Korea Selatan, Allkpop melap0rkan bahawa Akta Hil4ng dan Jumpa negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada orang yang menemuinya sekiranya pemilik itu tidak muncul dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, pihak yang memperolehi mesti membayar 22 peratus cuk@i daripada jumlah wang berkenaan.

Sekiranya pemilik wang dapat dikesan, pihak yang menjumpainya akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus. Namun, sekiranya wang tersebut didkwa mempunyai kaitan dengan jen4yah, wang tersebut akan diserahkan kepada dana negara.

Sumber: detikfinanceallkpop

Via ohbulan

Facebook Comments

Be the first to comment on "Lelaki Beli Peti Ais Lama Jumpa Duit RM405,203, Serah Kepada PoIis Untuk Cari Pemilik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*