Arw4h Gmie Screen Selamat Dikebumikan. Sahabat Arw4h, Amy Ukays Dedahkan Sesuatu Sebelum Gmie Meningg4l.

BERITA sediih pemergian penyanyi Gmie Screen turut memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan artis terutama kawan baiknya, Amy Ukays.

Amy atau nama sebenar, Azmi Hassan, 48, berkata, dia mengetahui keadaan kesihatan arwah meros0t sejak sebulan lalu namun meminta perkara itu dirahsiakan daripada umum.

“Saya sebenarnya dah lama tahu yang Gmie s4kit, cuma waktu itu dia tak war-warkan pada orang ramai dan minta kami rahsiakan perkara tersebut.

“Ramai kawan-kawan yang nak datang berjumpa dengannya, tetapi dia tak benarkan sesiapa datang melawat sebab tak nak kawan-kawan susah hati kerana dia.

“Saya pegang janji itu sampailah dapat berita 2.30 pagi tadi (Jumaat) yang dia telah men!nggal dunia,” katanya kepada mStar.

Gmie menghembuskan nafas pada jam 2.30 pagi tadi di H0spital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim men!nggal dunia pada usia 50 tahun ak!bat peny4kit buah pinggang berlubang.

Jenazah Allahyrham dikebvmikan di Tanah Perkub0ran Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor kira-kira 10.30 pagi Jumaat.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Nizam Laksmana, Zamani Slam, Hadi Fashla, Wan Screen, Zack Budak Kaca Mata dan Ali Terrarossa.

Berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali arwah, kata Amy, Gmie adalah seorang sahabat yang baik dan tidak pernah somb0ng walaupun popular.

“Sedih juga bila dapat tahu, tapi mungkin sudah tiba ajalnya. Kami berkawan rapat sejak tahun 1996 dan terlalu banyak kenangan kerana sebelum ini banyak buat persembahan bersama.

“Pemergiannya itu seperti satu kehilangan permata sinar dalam industri seni, kerana dia seorang penyanyi yang bagus dan ada suara yang sedap.

“Arw4h ni peramah, jujur, baik dan kalau berkawan dia memang ikhlas. Tak somb0ng dengan orang lain walaupun dia popular,” ujarnya.

Sementara itu, pengurus arwah, Fuad Syahrin Misbah berkata, Allahy4rham hadir dalam mimpinya pada malam Jumaat sebelum dia menerima berita men!nggal dunia.

Katanya, dalam mimpi itu, arwah berbaju serba putih dan berada dalam keadaan sihat sambil meminta menyampaikan pesanan kepada kawan-kawan.

“Malam tadi sebelum saya dapat berita dia men!nggal dunia sebenarnya saya ada mimpikan dia. Dia datang dalam mimpi dalam keadaan bersih dan tak nampak sak!t pun.

“Dia minta saya tolong sampaikan salam kepada kawan-kawan, selepas itu saya terjaga dan baca WhatApps yang dia sudah pergi,” ujarnya.

Fuad yang bekerja dengan Gmie sejak 2016 menyifatkan Allahy4rham seorang yang baik dan tidak pernah menyak!tkan hati orang lain.

“Saya kerja dengan dia sejak GV3 tapi kami saling mengenali pada tahun 90 lagi, dia seornag yang sangat baik dan sentiasa gembira,” ujarnya.

Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.

Allahyrham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim (ketiga GV3) terbitan Astro pada 2016.

Sumber : MSTAR ONLINE

Via awattsyeikhh

Facebook Comments

Be the first to comment on "Arw4h Gmie Screen Selamat Dikebumikan. Sahabat Arw4h, Amy Ukays Dedahkan Sesuatu Sebelum Gmie Meningg4l."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*