[VIDEO] Reaksi Bapa Bila Anak Panggil Balik Bikin Dekah, “Sempoi Bapak…”

Walaupun sudah menjangkau usia tua, ada kalanya ibu bapa kita sering melakukan perkara yang menghiburkan. Macam situasi yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat bapanya yang keluar melepak bersama rakan sehingga terpaksa diingatkan untuk pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, si bapa pula cukup sempoi memberikan duit belanja kepada anaknya itu untuk tidak memberitahu hal itu kepada ibunya. Video tersebut turut menarik perhatian ramai di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi selamba bapanya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia terpaksa singgah di warung tersebut untuk mencari bapanya. Menurutnya, bapanya itu keluar melepak bersama rakan-rakannya sehingga terpaksa dipanggil pulang ke rumah.

Sebaik sahaja tiba di tempat tersebut, bapanya kemudian memberikan wang kertas RM1 kepadanya semata-mata untuk merahsiakan hal itu. Mungkin juga bapanya takut dimarah oleh isterinya sekiranya kantoi melepak di situ terlalu lama.

Melihatkan reaksi bapanya ini, gadis itu turut sama berdekah melihat wang ‘rasuah’ yang diberikan. Malah netizen juga turut berseloroh mereka juga pernah melalui situasi yang sama di rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan dari bapanya ini. Menurut gadis itu lagi, mereka terpaksa mencarinya di situ memandangkan ibu mereka menunggu bapanya pulang dengan barang yang dikirimnya.

Sumber HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "[VIDEO] Reaksi Bapa Bila Anak Panggil Balik Bikin Dekah, “Sempoi Bapak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*