“Maaf tak kenal” -Hanya sekali jumpa Iqbal, Rossa anggap peminat nak bergambar.

Baru beberapa minggu lepas, bekas pembantu peribadi Dato’ Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik gambar bersama penyanyi terkenal Indonesia, iaitu Datuk Seri Rossa..

Menerusi muat naik Iqbal di Instagram, Iqbal memaklumkan Rossa adalah insan pertama yang ditemuinya sejak ‘berhijrah’ ke Indoensia selepas membawa diri untuk mengubat kekec3waan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Kenapa nak dekat dengan Rossa pulak?

Dia juga beberapa kali memuat naik video di Insta Story seakan menghadiri program yang melibatkan Rossa sehingga ramai tertanya-tanya bagaimana hubungan mereka boleh seakrab itu.

Namun, menerusi Harian Metro, Rossa telah menaf!kan mengenali Iqbal dan memaklumkan hanya bertemu sekali sahaja itupun ketika tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini.

Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?” tanya Rossa.

Rossa tak kenal pun.

Kenyataan yang keluar dari mulut penyanyi lagu Pudar itu diterima ketika sidang media secara virtual bagi pelancaran single terbarunya yang bertajuk Terlalu Berharap.

Rossa mengakui hanya mengetahui ada seseorang yang ingin bergambar dengannya selepas memaklumkan dia dari Malaysia.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.
“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Tak salah jika mahu berteman sahaja.

Walau bagaimanapun, penyanyi itu tidak ada masalah jika sekadar ingin berkenalan dan bersahabat sahaja kerana tidak menjadi salahpun jika berbuat demikian.

“Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.

Belum terfikir nak berkahwin.

Ditanya tentang pasangan hidup, wanita berusia awal 40an itu memaklumkan yang dia belum berkeinginan untuk berkahwin buat masa ini kerana mahu fokus kearah kerjaya dan anaknya yang kini sudah meningkat dewasa.

“Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.
“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya.

Tak semestinya berkenalan tu mahu berkahwin

Melihat daripada berita itu, Iqbal yang sememangnya aktif menggunakan sosial media telah segera memuat naik kenyataan dengan mengakui hanya sekali bertemu dengan Rossa.

Dia juga menyatakan tidak salah mahu berkenalan kerana tidak semestinya bersahabat itu bermakna mahu berkahwin. Dia juga sedar yang tidak semua perkara boleh dijadikan konten dan masih menghormati privasi orang lain.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) Instagram ahmadiqbalzukefli

Via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Maaf tak kenal” -Hanya sekali jumpa Iqbal, Rossa anggap peminat nak bergambar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*