[VIDEO] 8A SPM dapat kereta H0nda, remaja dipuji bertuah – “Untung mak bagi dik..”

Ibu mana tidak gembira apabila anaknya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekurang-kurangnya masa depan terjamin sekiranya remaja itu terus rajin menimba ilmu.

Bagi menghargai usaha keras, seorang ibu Masitah Noordin menghadiahkan sebuah kereta Honda kepada anak lelakinya yang dikenali sebagai Rifhan selepas mendapat 8A dalam SPM.

Masitah yang juga dipercayai seorang guru berkongsi satu video di aplikasi TikT0k memaparkan momen ketika anaknya mengambil keputusan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau.

Difahamkan, dia sudah lama menempah sebuah kereta Honda baharu tetapi masih belum diterima sekali gus terpaksa membeli jenis terpakai.

“Sebenarnya Honda baru order lama dah, tahun lepas lagi. Lambat dapat, ambik yang sec0nd (terpakai),” tulis Masitah baru-baru ini.

Video berdurasi 20 saat berkenaan turut kelihatan anaknya merakam gambar bersama para guru selain gembira di samping kereta berwarna putih itu yang menjadi kemudahan untuk bergerak ke sana sini.

 

Rakaman tersebut meraih hampir 838,000 tontonan dan 724 komen netizen yang rata-rata tumpang gembira atas pencapaian remaja itu sehingga dibalas dengan hadiah istimewa daripada ibu tersayang.

Meskipun segelintir membuat perbandingan mengenai ganjaran diterima mereka zaman dahulu, ramai menyifatkan remaja terbabit bertuah serta memberi pesanan agar tidak lupa membalas jasa orang tua.

Tahniah untuk anak cikgu!

Untung dah dapat Honda….

Hargai jasa ibu bapa.

Bestnya, kita dulu…

Mak ayah dulu bukan senang.

Kita ni terus fikir nak cari duit.

Sumber: TikTok @cekgumass

Via omm 

Facebook Comments

Be the first to comment on "[VIDEO] 8A SPM dapat kereta H0nda, remaja dipuji bertuah – “Untung mak bagi dik..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*