Innalillah.. Fad B0cey Dikejarkan Ke H0spital Dan Kini Disahkan Begini Keadaannya

PELAWAK dan penyampai radio Fad Bocey terpksa menjalani pr0sedur rawatan laser radio frekuensi akibat peny4kit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada Khamis.

Berkongsi mengenai perkara itu, isteri kepada Fad iaitu Syaheera Rahman memaklumkan suaminya mula merasai kes4kitan selepas bangun daripada tidur.

Penyampai radio Hot FM ini kemudiannya dibawa ke unit kecemasan h0spital sebelum dimasukkan ke wad dan disarankan menjalani prosedur laser pada pagi Jumaat.

“Selepas bangun pagi semalam (Khamis) dia mula rasa sakit sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah dapat agak ia akibat slip disc.

“Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan sebab itu perlu jalani prosedur segera. Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan Fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi (Jumaat),” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Syaheera berkata d0ktor menasihati Fad supaya tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh enam bulan ke setahun.

“Fad bukanlah seorang yang senang jatuh sakit. Jadi apabila berlaku secara tiba-tiba begini memang buat saya rasa gementar.

Selepas bangun semalam, saya bantu bawa dia turun dari tingkat tiga rumah kami untuk dibawa ke hospital. Walau dalam keadaan sakit pun dia masih cuba untuk berjalan.

“Doktor nasihat untuk berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak selepas ini. Dia juga akan terlibat dalam sebuah program televisyen dalam masa terdekat, jadi perlu berhati-hati.

“Selepas operasi laser ini, Fad akan teruskan rawatan fisioterapi,” jelasnya.

Untuk rekod Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dn mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

Sumber: Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "Innalillah.. Fad B0cey Dikejarkan Ke H0spital Dan Kini Disahkan Begini Keadaannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*