Sikap B0R0S Dalam Berbelanja Punca GAJl RM1,200 Tak Cukup, Kata Pakar Kewangan.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Kakitangan awam yang menerima gaji minimum sebanyak RM1,200 bakal berdepan kris!s kewangan yang teruk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Pakar Ekon0mi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, gaji pokok penjawat awam yang diterima ketika ini adalah lebih rendah daripada purata pendapatan isi rumah kasar yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020 iaitu sebanyak RM7,089.

“Selain itu, gaji permulaan kakitangan awam juga berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan negara iaitu sebanyak RM2,208.

“Jumlah itu juga jauh lebih rendah daripada purata perbelanjaan isi rumah terutama di Selangor (RM5,830), Kuala Lumpur (RM6,913) dan Putrajaya (RM7,980)” katanya ketika dihubungi K0smo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sudah tiba masanya kakitangan awam di negara ini menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan pelbagai masalah termasuk bebanan hutang.

“Gaji minimum RM1,200 harus dinaikkan. Langkah ini bukan sahaja dapat memastikan pekerja tidak terbeban dengan masalah kewangan, malah meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Dengan kenaikan gaji minimum ini, ia dapat memastikan golongan tersebut tidak berada dalam keberhutangan dan menghadapi pelbagai masalah lain seperti masalah sos!al selain mental ak!bat daripada tekanan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, pakar kewangan, Azizi Ali pula memberitahu, sikap b0r0s berbelanja menjadi salah satu kepada penyumbang puunca gaji minimum RM 1,200 yang diterima penjawat awam pada setiap bulan ketika ini tidak mencukupi.

Lebih parah, gaji bulanan yang diterima tidak diuruskan dengan baik serta teliti sehingga ada yang terpksa melakukan dua pekerjaan, berhutang dan mengikat perut.

“Perbelanjaan secara tidak berhemah dan melebihi kemampuan ini berpunca daripada tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang mencukupi.

“Mereka yang berbelanja secara berlebihan harus mempunyai disipIin dan belajar cara urus kewangan dengan baik,” katanya.

‌Tambah Azizi, terdapat pelbagai platf0rm termasuk YouTube yang membincangkan mengenai pengurusan wang secara berhemah selain bahan dalam bentuk cetakan untuk rujukan orang ramai.

‘’Pengurusan kewangan perlu dikawal dengan teliti bermula dari sekarang. Sampai bila perlu melakukan dua pekerjaan. Sehingga umur pencen?’’ tegasnya.

Tambahnya lagi, isu berbelanja melebihi kemampuan bukanlah satu perkara yang baharu dan ia perlu dikikis agar kehidupan lebih terjamin.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bagi penjawat awam dianggap sudah tidak relevan lagi terutamanya untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat berkata, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kalangan penjawat awam yang terp4ksa melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga dapat disediakan sepenuhnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online, ohtular.com

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sikap B0R0S Dalam Berbelanja Punca GAJl RM1,200 Tak Cukup, Kata Pakar Kewangan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*