[VIDEO] Wanita Kec3wa Baru 3 Bulan Kahwin, Suami Suka Tengok TikT0k Wanita Lain.

Setiap wanita pastinya mempunyai perasaan cembuuru sekiranya suami sendiri suka melihat wanita lain di hadapan mata. Sama macam yang dikongsikan seorang wanita ini tentang gelagat suaminya yang gemar menonton video TikT0k wanita lain.

Dia turut meluahkan rasa kec3wanya dengan perangai si suami dan berasa seolah-olah tidak dihargai. Perkongsian wanita itu juga turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada juga yang melalui nasib sama seperti wanita ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu sempat merakamkan gelagat si suami yang dilihat terbaring sambil bermain telefon. Dalam masa yang sama, dapat dilihat lelaki itu menggunakan aplikasi TikT0k dan menonton video wanita-wanita lain yang dilihatnya.

Menurut isterinya ini, mereka baru sahaja berkahwin pada bulan April yang lalu namun wanita itu berasa kec3wa apabila suaminya seperti tidak menghormati perasaannya sebagai isteri. Tambahnya lagi, selepas berkahwin barulah lelaki itu menunjukkan perangainya yang sebenar iaitu berbeza semasa di zaman bercinta dahulu.

Tidak cukup dengan itu, suaminya juga selamba menonton video dan gambar wanita lain di hadapannya menyebabkan dia sering kali ‘makan hati’ dengan perangainya itu. Meninjau di ruangan k0men, rata-rata wanita turut sama berasa kec3wa melihat perangai si suami yang dikongsikan ini.

“Laki aku scroll laju-laju kalau aku dekat. Tapi sorang-sorang tak tau lah.”

Sumber HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita Kec3wa Baru 3 Bulan Kahwin, Suami Suka Tengok TikT0k Wanita Lain."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*